Hari Malaysia Disambut Meriah

MEDAN, 17 Sept. – Semangat kebangsaan dan memperingati hari kemerdekaan ke-54 tahun negara bukan sahaja disambut di tanah air sendiri sebaliknya rakyat Malaysia yang berada di Medan turut menyemarakkannya dengan sambutan meriah melalui acara serentak Sambutan Hari Kebangsaan, Hari Malaysia dan Jamuan Aidilfitri.

Konsulat Jeneral Malaysia-Medan, Norlin Othman menyatakan bahawa sambutan tersebut penting sebagai satu cara membangkitkan semangat nasionalisme dan menyemarakkan lagi semangat perjuangan di kalangan rakyat Malaysia.

“Acara ini sengaja disandingkan dengan jamuan Aidilfitri yang dapat digunakan sebagai kesempatan untuk meningkatkan tali silaturrahim bukan saja di kalngan warga Malaysia tetapi juga dengan Indonesia.

“Saya berharap acara kebangsaan ini akan menjadi momen yang baik bagi mempereratkan tali silaturrahim antara kedua-dua negara selain saling member sokongan sesame sendiri,” katanya.

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Pemangku Gabenor Sumatera Utara, H. Gatot Pujo Nugroho ST yang dalam ucapannya berharap agar hubungan antara Malaysia-Indonesia akan dapat terus dimantapkan bagi memastikan bukan sahaja dua negara berjiran ini tetapi juga masyarakat serantau menikmati kehidupan yang aman dan sejahtera.

“Sekarang ini terserah kepada kita bagaimana mahu mewujudkan sebuah tamadun yang baik bagi kelestarian masyarakat keseluruhannya,” katanya.

Majlis yang berlangsung di Hotel Arya Duta ini dimulakan dengan nyanyian lagukebangsaan kedua-dua negara iaitu ‘indonesia Raya’ dan kemudiannya diikuti ‘Negaraku’.

Turut serta dalam majlis tersebut ialah 90 orang delegasi Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (MUBARAK) bersama-sama rakyat Malaysia yang bekerja di Medan, para pelajar dan juga Konsul Jeneral Amerika, Jepun, India dan Norwegia di Medan. – MediaUMNO

 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.

Lagi Berita