Dari Warga Indonesia Hingga Bangladesh.. Pembangkang Tak Habis-habis Menipu

KUALA LUMPUR,  19 Sept – Pembangkang sudah dalam keadaan terdesak sehingga sanggup melakukan apa sahaja walaupun terpaksa mereka cipta apa jua perkara untuk mengembalikan perhatian serta simpati rakyat terhadap mereka.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr Wan Norashikin Wan Nordin berkata, dengan pelbagai masalah yang dihadapi ketika ini, pembangkang terpaksa melakukan apa sahaja sehingga mengada-adakan cerita untuk dapat perhatian.

Tindakan terbaru yang dilakukan oleh pembangkang apabila cuba memainkann sensitiviti dan perasaan rakyat negara ini apabila menuduh kerajaan memberikan kerakyatan kepada rakyat Bangladesh untuk memastikan Barisan Nasional (BN) menang pada pilihan raya umum akan datang.

“Ini adalah kali kedua, pembangkang cuba memainkan isu pemberian kewanegaraan kepada rakyat asing, sebelum ini membabitkan warga Indonesia yang sudah lama mendapat taraf penduduk tetap, dan kini pula membabitkan warga Bangladesh.

“Apa yang menarik, isu yang membabitkan warga Bangladesh itu sengaja direka-reka yang kononnya dilperolehi dari laman portal, sedangkan perkara itu tidak benar kerana tiada sebarang laman portal yang menyiarkan berita berkenaan,” katanya kepada UMNO-online.

Menurutnya, membuat pembohongan dan memutar belitkan apa  jua perkara sudah menjadi amalan dan darah daging pembangkang untuk mendapat perhatian tanpa menyedari apa yang dilakukan itu boleh menimbulkan keresahan kepada rakyat.

“Pembangkang kini ibarat seperti cacing yang kepanasan, sanggup lakukan apa sahaja untuk hidup, buat pembohongan dan memutar belitkan cerita sudah menajdi suatu cara hidup mereka.

“Ini semua adalah untuk menutup atau mengalihkan perhatian rakyat terhadap mereka yang kini sedang mengahdapi krisis berikutan beberapa isu yang cuba dibangkitkan telah menimbulkan kemarahan rakyat,” katanya.

Dr Norashikin menyifatkan apa yang dilakukan oleh pembangkang itu membuktikan mereka berada dalam keadaan terdesak untuk kembalikan kepercayaan rakyat, isu yang cuba dibangkitkan telah memakan diri.

Menurutnya, masalah atau krisis yang dihadapi oleh pembangkang bukan sahaja membabitkan parti malah turut membabitkan kepimpinan parti dalam pakatan pembangkang seperti Datuk Seri Anwar ibarahim dan Mat Sabu.

Pembangkang merasa sokongan rakyat semakin berkurang sejak kebelakangan ini dan ini menimbulkan kegusaran kepada mereka terutama dalam persediaan mengahadapi pilihan raya umum yang akan diadakan tidak lama lagi.

Beliau adalah tidak mustahil banyak lagi isu yang diragui akan cuba ditimbulkan oleh mereka dalam usaha untuk dapatkan perhatian, berikutan tekanan yang dihadapi mereka akan sanggup lakukan apa sahaja untuk mendapatkan kepercayaan orang ramai.

Sementara itu Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini menegaskan bahawa laporan berhubung pemberian kerakyatan kepada warga Bangladesh tidak benar.

Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara, Datin Jariah Mohd Said berkata dalam tempoh 8 tahun sejak 1988 hingga Ogos 2011, hanya 37 rakyat Bangladesh diberi sijil kerakyatan dalam negara ini dan daripada jumlah tersebut hanya 14 layak mengundi pada pilihan raya umum akan datang sekiranya mereka berdaftar sebagai pemilih dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Pada masa yang sama Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh menyifatkan laporan pemberian kerakyatan warga Bangladesh oleh Kerajaan Malaysia sebagai kenyataan palsu yang  tidak berasas, berniat jahat dan palsu.

Menurut kenyataan tersebut perjumpaan kedua-dua Perdana Menteri di Sixth World Islamic Forum (WIEF) pada Mei 2010 adalah untuk membantu memudahkan proses pekerjaan untuk warga Bangladesh di negara ini.

Kerajaan Malaysia dan  Bangladesh pada masa ini sedang bekerjasama rapat menjayakan Program 6P. -MediaUMNO

Get real time updates directly on you device, subscribe now.

Lagi Berita