Hapus ISA : PM Komited Lakukan Perubahan Menyelusuri Politik Semasa Dunia

SHAH ALAM, 18 Sept – Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) menyifatkan  ucapan Hari Malaysia oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 16 September lalu yang antaranya memansuhkan semua akta pencegahan dan anti subversif termasuk Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebagai satu tindakan berani yang amat luar biasa.

Pengerusinya, Hamidzun Khairuddin berkata ucapan serta pemansuhan beberapa akta itu juga merupakan penuh monumental dan amat bersejarah.

“Akta ISA merupakan akta yang diwarisi sejak zaman pemerintahan Inggeris. Pemansuhannya adalah amat bertepatan dengan kehendak semasa kerana zaman sentiasa berubah.

“Cara dan corak pemerintahan yang lebih terbuka ini adalah bukti kepada dunia bahawa Perdana Menteri komited untuk melakukan perubahan demi perubahan menyelusuri politik semasa dunia”, katanya kepada UMNO-Online di sini.

GAPS jelas beliau lagi melihat Datuk Seri Najib punyai semangat pejuang demokrasi seperti John F Kennedy tokoh pejuang hak asasi universal.

“InsyaAllahMalaysiaakan terus aman, makmur dan sejahtera dengan kepimpinan yang berjiwa besar Najib,” ujarnya.

Pada masa yang sama, GAPS tegas beliau tidak hairan sekiranya ada juak-juak tertentu yang akan mempolemik kesucian hasrat kerajaan ini.

Namun tambahnya yang nyata dan jelas adalah Perdana Menteri telah memberikan jawapan yang tepat dan pasti kepada setiap keprihatinan dan persoalan yang diajukan oleh rakyat.

“Tahniah dan terima kasih Datuk Seri Najib kerana memahami gerak hati rakyat. Ayuh rakyat kita bergerak dalam 1hati RakyatMalaysia,” katanya yang juga mantan Ketua Angkatan Muda Keadilan Negeri Selangor. -MediaUMNO

 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.

Lagi Berita