Rakyat Didahulukan, 200 Unit Rumah Dibina Untuk Penempatan Mangsa Banjir

BEAUFORT, 19 Sept – Ketua UMNO Bahagian Beaufort, Datuk Seri Lajim Hj Ukin berkata sebanyak 200 unit rumah akan dibina membabitkan kos sebanyak RM30 juta bagi mengatasi masalah banjir di kawasan tersebut.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan seterusnya memberitahu projek perumahan yang bakal dilaksanakan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) itu akan dibina di atas tanah seluas 20-ekar di Kampung Selagon dekat sini.

Katanya projek perumahan itu khusus bagi mereka yang sering terjejas teruk dan terpaksa dipindahkan setiap kali daerah Beaufort dilanda banjir.

Beliau berkata selepas Majlis Pelancaran Karnival Belia Beaufort 2011 dan Perasmian Kompleks Sukan Beaufort yang dirasmikan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman di Beaufort di sini.

“Rumah  tersebut akan jual dengan harga murah sementara mereka juga boleh menyewa tetapi kalau berminat untuk membeli kita akan jual dengan harga berpatutan dan kelayakan orang membeli ini mestilan berpendapatan RM3000 ringgit ke bawah

“Pembinaan rumah ini bertujuan untuk mengatasi masalah mereka yang tinggal dan terjejas terok terutamanya di musim banjir yang kerap kali terpaksa dipindah ke pusat pemindahan sementara semasa musim banjir berlaku”, katanya.

Sementara itu bagi meningkatkan industri pelancongan di daerah Beaufort, beliau yang juga Ahli Parlimen Beaufort berkata kerajaan persekutuan turut meluluskan peruntukan RM3 juta ringgit bagi membina sebuah Kompleks Keseniaan dan Kebudayaan Bisaya di daerah ini.

Jelasnya kerja-kerja pecah tanah pembinaan kompleks itu dijangka dimulakan akhir tahun ini.

Tambah beliau apabila siap nanti, kompleks itu akan dilengkapkan dengan pelbagai kemudahan seperti auditorium dengan kapasiti 500-orang,padang, pentas terbuka, ruang pameran dan gerai makanan.

“Pusat kebudayaan ini nanti bakal menjadi satu lagi destinasi pilihan pelancong apabila kunjungan ke pusat kebudayaan itu bakal dimasukkan sebagai salah satu pakej pelancongan di daerah ini”, ujarnya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.

Lagi Berita