Tidak Dapat Bezakan Bendera Malaysia Dengan Amerika Satu Alasan Bodoh

BENTONG, 19 Sept  – Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob menyifatkan tindakan pihak pembangkang yang mahu mengubah Jalur Gemilang sebagai satu tindakan yang tidak wajar.

Tegasnya perkara tersebut tidak sepatutnya berlaku.

Malah, menurut beliau, alasan pihak pakatan pembangkang itu yang menyatakan bahawa wujud persamaan di antara benderaMalaysiadan bendera Amerika adalah sesuatu yang tidak logik.

“Untuk mereka memberi alasan tidak dapat membezakan di antara bendera adalah satu alasan yang bodoh sebenarnya. Jauh beza di antara kedua – dua bendera tersebut.

“Persoalan mnegenai perkara itu menjadi satu perkara yang akademik dan beliau (Manoharan) sudah pun meminta maaf,” jelas beliau.

Tambah beliau, tidak ada apa lagi yang perlu diubah dan dipinda mengenai perkara tersebut.

Sebelum ini, didalam laman media sosial Facebook, Manoharan dengan jelas mempertikaikan bendera Malaysia iaitu Jalur Gemilang dan berjanji akan mengubahnya sekira Pakatan Pembangkang berjaya menawan Putrajaya kelak.

Namun, tindakan Ahli Parlimen Kota Shah Alam itu turut dikecam oleh rakan-rakan beliau didalam laman sosial tersebut.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.

Lagi Berita