Kembara Pemuda Tenom Untuk Masyarakat Luar Bandar

TENOM 20 Sept –  Semepena sambutan Hari Malaysia dan Kemerdekaan ke-54 Pemuda UMNO Bahagian Tenom mengadakan program Kembara Merdeka yang diadakan khusus kepada masyarakat luar bandar.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tenom, Jamawi Jaafar berkata program kembara itu dinamakan ‘Obor Semangat Kemerdekaan’ bersempena untuk meyemarakkan semangat kemedekaan kepada rakyat di mana sahaja mereka berada walaupun jauh di pendalaman.

“Kawasan luar bandar menjadi pilihan kali ini kerana untuk memberi peluang kepada penduduk kampung terbabit merasai suasasa sambutan yang mungkin tidak pernah mereka rasai sebelum ini berbanding penduduk di kawasan bandar.

“Melalui program ini, ia diharap dapat meresapi jiwa generasi muda dengan semangat patriotisme di samping mengingatkan mereka perjuangan orang yang terdahulu untuk memerdekakan negara ini,” katanya.

Program Obor Semangat Kemerdekaan yang didakan kali ini merangkumi tiga buah kawasan perkampungan iaitu Kampung Bunut, kampung Sugiang Tengah dan Ladang Sapong.

Jamawi yang juga Exco Pemuda UMNO Malaysia berkata, program yang diadakan itu juga adalah untuk memberi pendedahan kepada generasi muda supaya turut terbabit dalam aktiviti-aktiviti kemasyarakatan.

”Sepanjang kembara ini, kita turut mengadakan kerja-kerja amal dengan menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan.

“Melalui program ini ia juga dapat memberi pendedahan kepada mereka yang menyertainya terutama di kalangan yang tidak pernah merasai kehidupan di kampong atau kawasan pendalaman.

“Selain itu, program ini berjaya memberi peluang kepada penduduk luar bandar merasakan suasana yang kebiasaannya dirasai oleh penduduk di bandar sahaja dengan pelbagai acara dan sambutan diadakan,” katanya.

Menurutnya, walaupun acara yang diadakan sepanjang kembara itu tidak seperti mana yang sering dilaksanakan di kawasan bandar, namun kemeriahannya dapat dirasai oleh semua yang menyertai program berkenaan.

Pemuda UMNO Tenom berharap dapat mengadakan program sebegini pada masa akan datang dengan membabitkan lebih ramai peserta serta kawasan luar bandar. – MediaUMNO

Get real time updates directly on you device, subscribe now.

Lagi Berita