Tipu, Bohong, Fitnah Sudah Sebati Dengan Politik Pembangkang

KUALA LUMPUR, 20 Sept. – Tindakan pembangkang melemparkan tuduhan bahawa kerajaan memberikan kerakyatan kepada rakyat Bangladesh untuk memastikan Barisan Nasional (BN) menang pada pilihan raya umum akan datang adalah satu lagi bukti ketandusan modal untuk menjatuhkan BN.

Ahli Dewan Undangan (ADUN) Belanja, Perak, Datuk Mohd Zaim Abu Hassan menganggap pembangkang berpegang kepada prinsip matlamat menghalakan cara iaitu sanggup melakukan apa saja biarpun menipu, berbohong, fitnah dan memburuk-burukkan pihak lain asalkan mereka mendapat populariti sementara keraan dipandang negatif.

“Itulah sebabnya pembangkang melaksanakan modus operandi yang menunjukkan bahawa kerajaan terdesak sedangkan dalam masa yang sama merekalah yang dihimpit gelisah, risau dan takut kerana usaha-usaha mereka untuk menghancurkan BN menemui jalan buntu,” katanya.

Sebelum ini, kenyataan Perdana Menteri Bangladesh Sheikh Hasina dilaporkan oleh lidah rasmi PKR, Suara Keadilan yang kononnya) rakyat negara itu boleh dapat status warganegara dengan mudah jika undi parti kerajaan tetapi kemudiannya Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh ke Malaysia, AKM Atiqur Rahma memberikan komen bahawa ia ‘mengarut’ dan adalah kerja orang ‘gila’.

“Ini adalah satu lagi provokasi pembangkang untuk dijadikan bukti kepada rakyat bahawa kerajaan bersikap tidak adil sedangkan realitinya pembangkanglah yang sanggup melakukan apa saja termasuk perkara-perkara yang diluar kewarasan akal fikiran,” katanya.

Jelas beliau, pemimpin tertinggi negara termasuklah Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri telah menegaskan bahawa kerajaan tidak begitu terdesak sehingga perlu memberikan taraf kewarganegaraan semata-mata untuk meraih undi dan memastikan kemenangan pada pilihanraya akan datang.

“Pembangkang akan melakukan pelbagai perkara untuk menaikkan populariti mereka yang semakin merudum sehinggakan sanggup menukar sejarah negara hanya kerana dalam sejarah itu tertulis nama UMNO sebagai pejuang kemerdekaan sedangkan ia adalah fakta yang ditulis oleh pakar-pakar sejarah berdasarkan realiti dan bukti yang ada.

“Tidak cukup dengan itu, sanggup pula pemimpin pembangkang mencadangkan agar bendera yang menjadi lambang kedaulatan negara ditukar sekiranya mereka menang dalam pilihan raya nanti, lantas apa idealogi sebenar pembangkang, iaitu bukan hanya kuasa tetapi bangsa dan tanah air turut dipergadaikan.” – MediaUMNO

Get real time updates directly on you device, subscribe now.

Lagi Berita