Tukar Bendera… Pemimpin DAP Digesa Mohon Maaf Kepada Rakyat Malaysia

KUALA LUMPUR, 20 Sept – Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan menggesa anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Alam Shah M.Manoharan meminta maaf kepada rakyat Malaysia kerana telah menunjukkan ‘semangat tidak patriotik’ dengan mencadangkan bendera Malaysia diubah.

Beliau yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri  berkata Manoharan juga perlu melihat bendera Singapura dan Indonesia, yang tidak banyak bezanya dengan bendera Malaysia yang menggunakan warna merah dan putih.

Beliau berkata demikian kepada wartawan selepas merasmikan Pusat Latihan Jahitan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional yang diwujudkan dengan usahasama Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) TEKUN Nasional dengan kerjasama syarikat Mostwell Sdn Bhd.

“Saya meminta orang ramai agar menggesa beliau untuk meminta maaf kerana beliau telah menunjukkan semangat tidak patriotik,” katanya mengenai komen Manoharan di laman sosial Facebooknya pada 16 Sept lepas.

Manoharan mendakwa bahawa beliau enggan mengibarkan benderaMalaysiakerana ia lebih mirip dengan Barisan Nasional (BN), bukan Malaysia.

 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.

Lagi Berita