Cubaan Anwar Heret PM Jadi Saksi Di Mahkamah Kerja Gila!!

Teman pelik bin ajaib bin ta’jub dengan cubaan Anwar Ibrahim mengheret YAB PM & YAB Datin Sri Rosmah Mansur sebagai saksi untuk dia dalam perbicaraan kes dia meliwat Saiful. Ini kerja gila babi yop, babi gila tak buat kerja macam ni.

Kerana apa? Kerana Anwar sendiri pun tak mahu beri keterangan sebagai saksi bagi diri dia sendiri!!! Dan yang lebih pelik ialah kaum Anwarinas dan Koonyet:2 yang beriya-iya melalak sana sini memaki hamun YAB PM sebagai takde teloq. Yang Anwar sendiri tak berani bagi keterangan depa kata berteloq sakan! Dema ni dah kena sawan gila babi ke yop?

Bagi mike yang kureng arif mengenai perjalanan sesuatu perbicaraan kes pertuduhan jenayah di Mahkamah, teman catatkan secara ringkas prosedur pendakwaan. Setelah Pendakwaraya mengenakan sesuatu pertuduhan kepada mana-mana individu (yang dipanggil OKT-Orang Kena Tuduh), maka Pendakwaraya mempunyai beban untuk membuktikan kes melalui keterangan (lisan & bukan lisan).

Setelah kesemua keterangan (lisan & bukan lisan) dikemukakan oleh Pendakwaraya, maka Pendakwaraya akan menutup kes. Di waktu ini, kedua-dua pihak akan menegmukakan hujah samada dengan keterangan dan pembuktian yang dibawa oleh Pendakwaraya itu mencukupi untuk Mahkamah menentukan samada OKT wajib dipanggil membela diri ke atas pertuduhan yang dikenakan.

Pada peringkat ini, jika Mahkamah berpendapat keterangan dan pembuktian itu tidak cukup maka pertuduhan akan ditolak dan OKT akan dibebaskan & dilepaskan tanpa perlu membela dirinya (maknanya OKT tak perlu panggil saksi pun).

Tapi jika Mahkamah berpendapat bahawa keterangan dan bukti yang dibawa oleh Pendakwaraya itu cukup untuk membuktikan pertuduhan, maka OKT hendaklah dipanggil membela diri (maknanya OKT kena beri keterangan bersumpah dan membawa saksi dan keterangan bagi pihak diri dia).

Dengan kata lain, di akhir pendakwaan, bila Mahkamah memerintahkan OKT dipanggil membela diri, bermakna Mahkamah berpuashati dengan pembuktian pertuduhan berdasarkan keterangan (lisan & bukan lisan) yang dibawa oleh Pendakwaraya. Ini bermakna jika OKT tidak memberi keterangan untuk membela diri, maka Mahkamah akan mensabitkan dia dengan pertuduhan dan menghukum beliau.

Jadi dalam kes Anwar meliwat Saiful, Mahkamah telah memutuskan bahawa Anwar hendaklah membela diri. Ini bermakna Mahkamah berpuas hati dengan keterangan (lisan & bukan lisan) yang dibawa oleh Pendakwaraya, iaitu ada kes Anwar memang meliwat Saiful.

Dan jika dilihat secara kasar, faktor utama ialah penemuan kesan airmani di dalam karung kunyit Saiful yang disahkan oleh beberapa saksi pakar bahawa DNAnya adalah kepunyaan Anwar Ibrahim mencukupi untuk memerintahkan Anwar untuk membela diri, kerana mustahil kesan airmani Anwar berada dalam karung kunyit Saiful melainkan rumusannya ialah Anwar telah “kondang-kondikan” Saiful!

D iperingkat ini, seseorang OKT ada tiga pilihan. Dia boleh memilih untuk berdiam diri, yang mana jika itu pilihannya Mahkamah akan mensabitkan dia dengan pertuduhan dan menghukumnya terus.

Kedua, dia boleh memberi keterangan secara bersumpah di kandang saksi, di mana keterangannya boleh dicabar oleh Pendakwaraya dengan cara soal-balas dan lain-lain.

Dia juga berhak membawa keterangan lain (lisan & bukan lisan) untuk membuktikan dia tidak bersalah, dan kesemua saksi dia boleh dicabar oleh Pendakwaraya melalui soal balas dan lain-lain. Dan saksi yang hendak dipanggil oleh OKT hendaklah menyokong keterangan pembelaan beliau.

Ketiga ialah keadaan di mana OKT boleh memilih untuk tidak mahu memberi keterangan bersumpah, sebaliknya membaca kenyataan daripada “kandang OKT”, bukan kandang saksi.

Jika ini pilihannya, OKT akan biasanya membaca kenyataan yang sudah disediakan dengan bantuan peguamnya. Kenyataan yang dibaca itu langsung tidak boleh dicabar atau disoal balas oleh Pendakwaraya atau Mahkamah. OKT boleh bercakap apa sahaja, termasuk kalau nak berbohong pun. Dan OKT tidak boleh dipaksa mengangkat sumpah bila membaca kenyataan tersebut.

Jika ini pilihannya, OKT akan biasanya membaca kenyataan yang sudah disediakan dengan bantuan peguamnya. Kenyataan yang dibaca itu langsung tidak boleh dicabar atau disoal balas oleh Pendakwaraya atau Mahkamah. OKT boleh bercakap apa sahaja, termasuk kalau nak berbohong pun. Dan OKT tidak boleh dipaksa mengangkat sumpah bila membaca kenyataan tersebut.

Atas alasan inilah undang-undang langsung tidak memberi sebarang nilai perundangan kepada kenyataan sebegini, kerana ianya tidak dibuat melalui sumpah, dan OKT langsung tidak boleh disoal balas oleh Pendakwaraya atau disoal oleh Mahkamah.

Kalau bahasa kasarnya, OKT sekadar baca kenyataan syok sendiri. Perumpamaannya macam burung kakaktua bercakap, atau lebih canggih lagi macam pasang CD je dalam Mahkamah. Hakim tidak akan mencatat sebutir apa pun yang dicakapkan oleh OKT sebab tiada nilai perundangan.

Pendek kata, OKT yang memilih memberi kenyataan sebegini biasa takut disoal balas, kerana mungkin akan terbongkar cerita sebenar. Ataupun OKT tahu dia tak boleh menjawab bukti yang dikemukakan Pendakwaraya.

Contoh dalam kes ini, Anwar mungkin tak boleh nak menjawab bukti macam mana kesan airmani dia ada dalam karung kunyit Saiful. Apa Saiful, yang hanya seorang “pembancuh kopi” di pejabat dia buat di kondominium tersebut?

Juga mengapa dia membawa Saiful keluar negara saperti Hong Kong, Bangkok dan Singapura, apa kerja Saiful dibawa? Eh, banyak benda Anwar nak kena jawab dan perjelaskan tu yop, jadi ringkas cerita, tak payah angkat sumpah bagi keterangan lah yop.

Dalam amalan kehakiman, kebiasaannya OKT yang memilih tidak mahu memberi keterangan bersumpah dan tidak membenarkan dirinya disoal balas biasanya akan disabitkan dengan kesalahan berdasarkan pertuduhan yang ada. Jadi teman berpendapat tidak hairan di akhir kes nanti Mahkamah akan mensabitkan Anwar dengan kesalahan meliwat stafnya Saiful!

Cuma yang teman pelik, Anwar sendiri begtu bacul dan penakut memberi keterangan bersumpah kepada Mahkamah, alih-alih dia nak memaksa YAB PM & YABhg Datin Sri Rosmah memberi keterangan bersumpah bagi pihak dia! Tak kah kerja giler babi namanya tu yop, babi giler pun tak buat kerja macam ni yop!

Tapi itulah yang Anwar buat, melalui peguam dia Karpal Singh (yang dia sendiri mendakwa Anwar kaki liwat), Anwar memaksa Datuk Sri Najib melalui sapina untuk memberi keterangan bersumpah dan menjadi saksi dia. Sedang dia sendiri tak berani buat begitu untuk membela diri dia sendiri!

Makna kata Anwar nak paksa YAB PM beri keterangan bersumpah di dalam Mahkamah yang Anwar tidak meliwat stafnya Saiful. Mike pikio sendirilah yop, masuk akal ke tu? Sebab tu teman kata ni kerja gila babi! Pada teman ini hanya cubaan untuk mempolitikkan kes liwat dia, selain mungkin cuba memalukan YAB PM dan isteri.

Sebab itu teman berpendapat YAB PM & YABhg Datin Sri Rosmah Mansur mengambil langkah tepat memohon Mahkamah membatalkan sapina yang diminta oleh Anwar dan Karpal. Loyer YAB PM boleh bagitahu Mahkamah, Anwar sendiri tak berani dan enggan beri keterangan bersumpah untuk membela diri dia, kenapa pulak orang lain, terutama YAB PM nak kena beri keterangan bersumpah bagi pihak dia. Teman ingat banyak babi jadi gila pening memikiokan kesawanan Anwar ni yop!

Cuma teman nak tutup dengan satu tazkirah. Kepada kaum Anwarinas dan yang sewaktu dengannya, mengkome masih tak nampak lagi ke sandiwara dan pembohongan, penipuan serta putar-belit manusia yang ditabal isterinya sebagai anugerah tuhan ni? Apa lagi bukti, keterangan dan dalil yang mike nak ALLAH turunkan?

Ingatlah, ALLAH telah turunkan banyak bukti, dalil dan keterangan kepada kaum Firaun, Namrud, Quraisy dan banyak lagi; namun mereka menolaknya dengan pelbagai alasan. Mereka menjadi kaum PBB – Pekak, Bisu & Buta! Al Baqarah 6-18. Akhirnya mereka dihina, dan dicampak ke neraka abadan-abada, kekal abadi selama-lamanya.

Teman ingatkan diri teman dan mengkome semua, janganlah menjadi saperti kaum kafir, musyrik dan munafiq yang ALLAH gambarkan itu.

Mike dah buat solat hajat, mike dah bermunajat, malah mike doakan la’nat kepada Saiful Bukhori, Datuk Eskay dan lain-lain, dari Bukti Segambut sampai keserambi Ka’bah; dan ALLAH telah menjawab segala hajat dan munajat mike dengan dalil, bukti serta keterangan yang jelas, bahawa manusia Anwar yang mengkome sokong, dokong dan sembah itu adalah pembohong, penipu dan putar-belit yang akan menyebabkan Iblis & syaitan pun menangis kesedihan!

Kembalilah kejalan ALLAH, pintu taubat masih terbuka. Kembalilah kepada risalah Islam yang sebenarnya, berdasatkan Al Quran & Sunnah, nescaya mike semua tidak sesat.

Zulkifli Nordin (zul4kulim.blogspot.com)

Get real time updates directly on you device, subscribe now.

Lagi Berita