Menteri Pertahanan Ketuai Konvoi Ke Pusara Mangsa Serangan Di Bukit Kepong

MUAR, 22 Sept – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengetuai 320 orang peserta konvoi motosikal 1Malaysia menziarahi pusara 24 orang anggota polis dan keluarga mereka yang terkorban dalam serangan komunis di Balai Polis Bukit Kepong pada 23 Feb 1950.

Mereka juga mengadakan majlis tahlil di pusara itu di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kepong di sini.

Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden UMNO berkata 48 persatuan bekas tentera memutuskan akan mengeluarkan bantahan terhadap kenyataan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu, yang menganggap anggota-anggota Polis Bukit Kepong sebagai tali barut British.

Beliau mencadangkan agar pantomin mengenai tragedi Balai Polis Bukit Kepong yang dipersembahkan pada sambutan Hari Kemerdekaan di Dataran Merdeka di Kuala Lumpur pada 16 Sept lepas, disiarkan semula oleh stesen-stesen televisyen di negara ini bagi tatapan rakyat dan generasi muda negara.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.

Lagi Berita