Tiga Sayap UMNO Anjur Rumah Terbuka Aidilfitri Hari Ini

KUALA LUMPUR, 22 Sept – Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO menganjurkan majlis sambutan rumah terbuka Aidilfitri di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), hari ini.

Majlis tersebut akan dihadiri Perdana Menteri, merangkap Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak; Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; anggota Majlis Tertinggi (MT) UMNO, barisan menteri Kabinet dan pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN).

Dilaporkan sambutan kali ini lebih istimewa kerana 25 waris pejuang peristiwa Bukit Kepong akan hadir untuk menerima penghargaan berupa replika, sijil serta sumbangan wang tunai sebagai menghargai jasa mereka dalam memperjuangkan kemerdekaan.

Dijangka lebih 10,000 pengunjung akan memeriahkan majlis yang dipenuhi dengan pelbagai acara menarik.

Print

Get real time updates directly on you device, subscribe now.

Lagi Berita