Sokong Hudud : Anwar Main Politik Pelbagai Wajah

KUALA LUMPUR 23 Sept – Bekas Ketua Penerangan PKR, Ruslan Kassim berkata beliau sedikit pun tidak terkejut dengan pendirian peribadi Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung pelaksanaan Hudud di Kelantan.

Ini kerana katanya Anwar yang mempunyai pelbagai wajah sanggup berbuat apa sahaja semata-mata untuk menagih simpati kepercayaan daripada pucuk pimpinan Pas setelah beliau hari ini tersepit dengan pelbagai skandal.

“Bukankah itu menampakkan kepada umum bagaimana sandiwara politik beliau yang hanya menyatakan persetujuan secara peribadi dan bukannya diumumkan sebagai Ketua Pembangkang. Mungkin beliau menyokong usaha kerajaan Kelantan itu dalam keadaan terpaksa.

“Ini kerana beliau sedar penyokong serta pemimpin Pas yang lain mula hilang kepercayaan kepada beliau gara-gara sudah mengenali dan mengetahui siapa sebenarnya tokoh yang dianggap Anugerah Allah oleh isterinya sebelum ini,” katanya.

Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini dilaporkan berkata bahawa beliau secara peribadi menyokong usaha kerajaan negeri Kelantan untuk melaksanakan hukum hudud kerana ia tidak melanggar hak-hak orang bukan Islam dan pentadbiran yang adil adalah dijamin.

Ruslan seterusnya menegaskan Anwar yang cukup bijak berpolitik akan terus berusaha untuk menarik kembali kepercayaan terhadapnya yang mula timbul di kalangan kepimpinan Pas hari ini.

“Maka kita tidak pelik dan tidak janggal Anwar akan menyokong apa sahaja yang akan dibuat serta dilaksanakan oleh Pas bagai memastikan hajatnya tercapai.

“Namun apa yang penting, kita juga tidak menolak kemungkinan tindakan Anwar itu adalah untuk mengalihkan tumpuan rakyat terhadap dirinya yang terpalit dengan pelbagai skandal termasuk pertudhan liwat. Tunggu dan lihatlah snadiwara lanjutan seterusnya daripada Anwar selepas ini,” katanya. -MediaUMNO

Get real time updates directly on you device, subscribe now.

Lagi Berita