Karpal VS Nik Aziz Hanya Gimik Politik Perseteruan Pas-Dap

KUALA LUMPUR, 24 Sept. – Perselisihan penadapat antara Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Pengerusi DAP, Karpal Singh adalah gimik politik dalam pakatan pembangkang sebagai usaha untuk mendapatkan kembali sokongan daripada ahli-ahli mereka.

Ketua UMNO Bahagian Kluang, Md Jais Sarday melihat sandiwara antara dua parti yang sememangnya bertentangan idealogi ini dimulakan dengan episod baru bahawa kononnya mereka tetap berpegang teguh kepada prinsip parti masing-masing.

“Inilah lakonan pembangkang untuk dapatkan kembali sokongan dari pengundi iaitu Pas dan Nik Aziz mahukan kembali undi Melayu dengan cuba membetulkan imej mereka yang telah tercalar sedangkan sebelum ini mereka sanggup menukar kepada negara berkebajikan.

“Karpal pula mahukan kembali undi kaum bukan Melayu dengan kononnya sangat menentang pelaksnaan hukum hudud sedangkan dalam masa yang sama kritikan sesama mereka ini adalah lakonan yang telah dirancang dari awal,” katanya kepada UMNO-Online.

Jelasnya lagi, sekiranya benar Nik Aziz mahu melaksanakan hukum hudud yang menjadi satu senjata mereka untuk mendirikan sebuah negara Islam maka laksanakanlah tanpa perlu banyak polemik politik di media massa.

“Patutnya Nik Aziz tak payah cakap, nak buat jadi buatlah saja. Dia dah jadi Menteri Besar di Kelantan selama empat penggal dan Pas berkerajaan di sana lebih 20 tahun tapi kenapa masih tak dilaksanakan sebaliknya dijadikan isu dari tahun ke tahun pula,” katanya.

Katanya lagi, Nik Aziz cuba menarik anggota Pas yang berjauh hati dan meninggalkan mereka ekoran perubahan dari konsep negara Islam kepada negara berkebajikan sementara kenyataan Karpal ini pula akan mengukuhkan sokongan anggota bukan Islam yang tidak mahu hukum hudud dijalankan di negara ini.

Beliau juga menempelak Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim yang turut ‘tumpang sekaki’ dalam isu tersebut.

“PKR tak mahu tertinggal jadi Anwar memberikan sokongan atas pelaksanaan hudud untuk mendapatkan kembali keyakinan daripada para penyokongnya apatah lagi banyak kes-kes beliau adalah membabitkan isu salah laku moral.

“Kalau kita lihat kenyataan Anwar berkaitan hudud dan Islam tidak konsisten dan sering berubah-ubah, dulu kata tak mahu, sekarang sokong dan ada pula suarakan pluralisme. Ini hanya kenyataan berbaur politik dari pakatan pembangkang.”

Justeru, beliau menyeru semua masyarakat agar tidak terpengaruh dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh mereka. – MediaUMNO

Get real time updates directly on you device, subscribe now.

Lagi Berita