Al Fatihah… Ibu Datuk Zainal Abidin Osman Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR, 26 Sept – Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak dan semua ahli-ahli Majlis Tertinggi UMNO bersama dengan seluruh warga Ibu Pejabat mengucapkan salam takziah ke atas ahli keluarga dan sanak saudara Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman  atas kembalinya ke rahmatullah ibu beliau, Hajjah Chik Haji Ismail.

Allahyarhamah meninggal dunia malam tadi dalam usia 83 tahun.

Difahamkan, Allahyarhamah akan dikebumikan pukul 11.00 pagi ini di tanah perkuburan Sungai Ahceh, Nibong Tebal.

Justeru, sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah ke atas Allahyarhamah dan semoga roh beliau ditempatkan bersama orang-orang yang beriman – Al-Fatihah. -MediaUMNO

Get real time updates directly on you device, subscribe now.

Lagi Berita