Gadai Bangunan PKNS – Road Map ‘SelangorKu’ For Sale

SHAH ALAM, 26 Sept – Kisah tiga bangunan komersial PKNS iaitu Kompleks PKNS Shah Alam, SACC Mall dan Menara PKNS Petaling Jaya yang kini dalam proses pengambilalihan oleh ARREIT, sebuah konglomerat pelaburan, betul-betul menguatkan lagi cerita ‘SelangorKu’ untuk dijual sebelum pilihanraya umum ke 13.

Pengerusi Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin berkata apa yang sedang berlaku ketika  ini merupakan penyelewengan dan rasuah terancang kolar putih yang melibatkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Pengerusi PKNS.

“Peniagaan buluh kasap – dapat pangkal hujung lesap. Atas nama pelaburan dan penyusunan semula korporat, PKNS kini kehilangan hak ke atas tiga bangunan komersial yang strategik apabila ianya diambil-alih sepenuhnya ARREIT mulai 1 Januari 2012.

“Penyelewengan ini adalah serupa dengan dengan skandal Talam Corporation oleh MB, diperbadankan yang melibatkan penyelewengan  wang negeri berjumlah lebih dari RM600 juta ringgit dari khazanah negeri Selangor pada tahun lalu,” ujarnya kepada UMNO-Online di sini.

Tegasnya ekoran tindakan penyelewengan terbaru kerajaan negeri itu membuatkan rakyat menangung kerugian.

“Sebagai contoh kadar sewa di Kompleks PKNS Shah Alam akan dinaikkan sehingga 100 peratus. Peniaga dan penjaja yang menyewa tentunya akan meraung kerana kezaliman pentadbiran Kerajaan DAP-PKR-Pas Selangor ini.

“Kesan yang amat mendalam adalah kepada peniaga dan penjaja kecil Melayu yang berjumlah lebih 80 peratus yang mencari rezeki berniaga di kompleks PKNS ini. Kerajaan negeri Selangor dan PKNS kini bukan lagi tempat untuk orang Melayu mengadu nasib untuk berjaya dalam kehidupan yang serba mencabar sekarang khususnya dalam dunia peniagaan.

“Road Map ‘SelangorKu’ For Sale. MB telah merangka jalan penyelewengan dan rasuah ‘the way forward’ yang akan merugikan seluruh rakyat jelata di Negeri Selangor ! Inilah dia negeri kebajikan yang dilaung-laungkan oleh Menteri Besar, Khalid Ibrahim,” ujarnya lagi. -MediaUMNO

Get real time updates directly on you device, subscribe now.

Lagi Berita