Laksana Hukum Hudud…. Pas Macam Orang Hilang Ingatan

BATU PAHAT 26 Sept. – Pas umpama orang hilang ingatan apabila secara tiba-tiba membangkitkan isu pelaksanaan hukum hudud.

Mungkin itu gambaran yangcubadiberikan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr Mohd Puad Zakarshi bagi mengulas tindakan terbaru Pas membangkit isu hukum hudud yang sebelum ini senyap terutama selepas pilihanraya umum lalu.

“Kalau dia (Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Nik Aziz Nik Mat) hendak laksanakan hudud, langkahlah mayat Karpal Singh terlebih dahulu.”

Demikian sindiran Dr. Mohd. Puad Zarkashi yang menyifatkan Nik Abdul Aziz sering ‘terlupa’ ketika membuat kenyataan mengenai pelaksanaan hukum hudud.

Karpal sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan bahawa pihak yang mahu menjadikanMalaysiasebagai negara Islam perlu terlebih dahulu melangkah mayatnya.

Selain mengingatkan Nik Abdul Aziz terhadap kenyataan Pengerusi DAP itu, Mohd. Puad turut menyindir pemimpin Pas itu yang dianggapnya terlupa dengan resolusi Muktamar Pas yang menggugurkan perjuangan membentuk negara Islam.

“Jadi, pada saya memang Nik Aziz ini terlupa dengan resolusi Muktamar Pas lepas yang menggugurkan perkataan perjuangan Islam, membentuk negara Islam di Malaysia dan diganti dengan negara berkebajikan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Meraikan Bakal Haji dan Pembukaan Akaun Tabung Haji Murid-murid Sekolah Rendah kawasan Parlimen Batu Pahat di Dewan Senggarang, di sini, Ahad.

Seramai 300 murid dari lima sekolah dipilih membuka akaun sebanyak RM10 setiap seorang manakala kira-kira 200 bakal haji mendapat pelbagai sumbangan antaranya kain ihram, telekung, kad i-Talk dan wang tunai 100 riyal.

Mohd. Puad berkata, Karpal dan DAP yang menjadi penghalang utama untuk melaksanakan hukum hudud dan bukannya Perlembagaan Persekutuan semata-mata.

“Kalau kita pinda Perlembagaan Persekutuan pun, yang dikatakan tidak kondusif untuk melaksanakan hudud, DAP dan Karpal akan bantah,” katanya.

Sementara itu, beliau yakin masyarakat dapat menilai mengenai masalah ketiadaan keselarian dalam pakatan pembangkang dan parti itu tidak mampu menerajui negara.

Beliau juga yakin kenyataan Nik Abdul Aziz mengenai isu hukum hudud adalah di luar kehendak Pas memandangkan Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sehingga kini belum membuat sebarang ulasan tentang kenyataan Mursidul Am Pas itu.

Beliau juga menyatakan, pakatan pembangkang kini terperangkap dengan pelbagai kerenah yang dibuat oleh Pas dan DAP.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.

Lagi Berita