Sabotaj Johor : Guan Eng Tidak Perlu Banyak Cakap, Segera Tunjuk Bukti

KLUANG, 26 Sept –  Exco Kerajaan Negeri Johor, Md Jais Sarday berkata Lim Guan Eng harus membuktikan kebenaran sekiranya benar dia tidak pernah memburukkan negeri Johor semasa wawancaran sebuah stesen radio di Australia baru-baru ini.

Dalam wawancara tersebut, Ketua Menteri Pulau Pinang itu menyifatkan Johor bukanlah sebuah negeri yang selamat kerana penuh dengan jenayah dan peluang untuk diculik sangat mudah berbanding Pulau Pinang.

Kenyataan itu dibuat sebagai cubaan untuk mengalihkan pelaburan Australia di Johor ke Pulau Pinang.

Menurut Jais, Guan Eng hanya perlu mengemukakan bukti bahawa di berkata benar.

“Sebagai seorang pemimpin, walaupun berlainan parti, dia harus mempunyai kreadibiliti sebagai seorang pemimpin. Jangan suka tuduh sebarangan dan kemudian menafikan semuanya.

“Bagi saya, Guan Eng hanya mereka isu untuk mengalihkan perhatian rakyat dan menutup akan kelemahan dirinya dalam mentadbir Pulau Pinang dan dia gagal membawa pelaburan di negeri tersebut. Dari dulu, semua tindak tanduk dan percakapan Guan Eng hanyalah untuk kepentingan politik dan bukannya untuk negara dan rakyat,” katanya kepada UMNO-Online di sini.

Guan Eng tegas beliau lagi sepatutnya tidak perlu ‘menyalak’ sana sini untuk menafikan tuduhan berkaitan isu ini kerana apa yang lebih penting adalah membuktikan kebenarannya.

“Dia sendiri telah menyatakan bahawa ada bukti untuk menyokong penafiannya itu jadi tunjukkan bukti. Rakyat hanya percaya kepada fakta dan bukti. Saya percaya perkara ini tidak akan menjadi isu sekiranya benar Guan Eng tidak berbuat demikian. Dia harus sedar, memburukkan negeri Johor di luar negara sama ertinya dia memburukkan negara Malaysia itu sendiri.

“Sebagai rakyat Malaysia dia ibarat meludah ke langit dan terkena di muka sendiri. Apa yang pasti, pembangkang sebenarnya semakin terdesak kerana Pilihan Raya Umum  sudah semakin hampir. Mereka akan melakukan apa sahaja untuk meraih perhatian rakyat,” terang Jais. –MediaUMNO

Get real time updates directly on you device, subscribe now.

Lagi Berita