Pelaksanaan Hukum Hudud Bukan Ikut Musim

JITRA, 27 Sept – Perlaksanaan hukum Hudud bukanlah bermusim, sebaliknya ia perlu dilaksanakan secara berterusan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Beliau berkata sehubungan itu mana-mana pihak terutama parti politik tidak seharusnya menggunakan isu perlaksanaan hukum Islam untuk meraih sokongan pada musim pilihan raya sahaja.

“Apabila berbicara soal hudud, kita kena faham skop… bukan hanya cakap-cakap retorik, tapi kena ada perlaksanaan.

“Dalam perundangan negara, kita sentiasa ingin lihat Mahkamah Syariah berkembang seiring dengan mahkamah lain dan perjalanan ini memerlukan penyatuan umat,” katanya selepas Majlis Konvokesyen ke-25 Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, di sini hari ini.

Beliau berkata semua umat Islam perlu mengetepikan pegangan sempit dalam konteks parti, puak atau kaum demi kepentingan sesuatu pihak.

Katanya umat Islam harus bersatu untuk melihat transformasi agama di negara ini serta menerima semua hukum dan cari hikmah yang baik di sebaliknya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.

Lagi Berita