Penubuhan Kelab UMNO Saint Petersburg Cipta Sejarah

MOSCOW 27 Sept – Kelab UMNO Saint Petersburg mencipta sejarah dalam pertubuhan kelab UMNO di luar negara apabila semua pelajar yang tinggal di situ menjadi ahlinya.

Pengerusi Kelab UMNO, berkata  Saint Petersburg mencipta sejarah kerana kelab itu disertai oleh semua pelajar dan ia tidak pernah berlaku sebelum ini

“Adalah suatu yang membanggakan apabila kelab ini sertai oleh kamu semua yang tinggal di situ, walaupun jumlahnya kecil tapi dapat menunjukkan kesepekatan.

“Perkara sebegini perlu dikekalkan, bukan sahaja mengenai kelab UMNO tetapi dalam segala hal bagi menunjukkan kesepakatan di kalangan kamu semua apabila berada di luar negara.

“Kesepakatan sebegini yang kita mahu dan tunjukkan kepada masyarakat di sini bahawa kita sentiasa bersatu di mana kita berada,” katanya ketika merasmikan Kelab UMNO Saint Petersburg.

Kelab UMNO Saint Petersburg adalah kelab UMNO yang ke 74 disertai oleh seramai 54 pelajar Malaysia di Saints Petersburg. Kesemua pelajar berkenaan adalah pelajar tajaan Mara.

Shabery mengingatkan semua pelajar bahawa peluang mereka melanjutkan di negara Baltic adalah hasil perjuangan UMNO termasuk yang terdahulu dan hasilnya dinikmati oleh generasi sekarang.

“Inilah hasil perjuangan mereka terdahulu untuk kita semua, kita tidak harus melupai apa yang diperjuangkan oleh mereka, jika tidak kerana mereka kita tidak dapat merasakan apa yang kita nikmati hari ini,” katanya.

Beliau turut mengingatkan pelajar supaya tidak mudah terpengaruh dengan apa yang cuba dilakukan oleh pembangkang dengan memburukkan kerajaan kerana itu semua adalah untuk kepentingan politik mereka sahaja.

Menurutnya untuk membalas perjuangan dan pengorbanan mereka yang terdahulu dan  hasilnya dinikmati oleh generasi sekarang adalah sukar untuk dibalas tetapi apa yang perlu ialah mengekalkan diri kita sebagai seiring rakyat untuk memastikan apa yang dinikmati dapat dinikmati oleh generasi seterusnya

“Mereka yang berada di luar negara adalah duta kepada negara, dan kita perlu tunjukkan yang terbaik untuk negara kita, jangan mudah terpengaruh dalam apa jua hal terutama membabitkan budaya, agama dan cara kehidupan kita, kita perlu kekalkan siapa kita yang sebenarnya,”katanya. -MediaUMNO

Get real time updates directly on you device, subscribe now.

Lagi Berita