Tutup Mulut!!.. Inilah Demokrasi, Kebebasan Bersuara Cara Pembangkang

KUANTAN, 27 Sept – “Inikah demokrasi yang diperjuangkan mereka? Semua mesti tutup mulut?”

Demikian reaksi Naib Presiden UMNO,  Datuk Seri Mohd Shafie Apdal ketika diminta mengulas kenyataan Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali semalam agar pemimpin pakatan pembangkang mengunci mulut berhubung isu itu dan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan sehingga satu pendirian rasmi dibuat pada mesyuarat khas esok.

Tegas beliau lagi larangan pakatan pembangkang kepada semua pemimpinnya daripada mengeluarkan kenyataan berhubung perbalahan mereka dalam isu pelaksanaan hukum hudud, jelas bertentangan dengan kebebasan bersuara dan demokrasi yang dilaung-laungkan mereka selama ini.

Perbalahan antara pembangkang timbul apabila Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang juga Mursyidul Am Pas dilaporkan berkata hukum hudud akan tetap dilaksanakan di negeri itu tetapi ini dibantah keras oleh Pengerusi DAP Karpal Singh.

Shafie berkata pakatan pembangkang terdiri DAP, Pas dan Parti Keadilan Rakyat sentiasa berkata mereka memperjuangkan demokrasi dan kebebasan bersuara, namun mereka sendiri sebenarnya menyekat hak untuk bersuara bagi anggota mereka.

“Sistem demokratik apakah ini? Mereka sebelum ini begitu lantang di Parlimen kononnya memperjuangankan kebebasan bersuara, tetapi hakikatnya mereka tidak boleh duduk semeja pun untuk membincangkan isu berkenaan,” katanya.

Shafie berkata rakyat Malaysia seharusnya sedar bahawa pakatan pembangkang tidak akan mampu membawa apa-apa perubahan dan kemakmuran di negara ini.

“Dalam isu ini pun  mereka gagal mencari kata putus dan sering bertelagah,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.

Lagi Berita