Empat Individu Penting Yang Patut Peguam Anwar Sepina…

Apabila Datuk Seri Najib dan isteri mengenepikan sepina dari pasukan pembelaan Anwar Ibrahim berhubung kes liwatnya yang sedang berlangsung sekarang ramai yang mengatakan Najib dan Rosmah takut untuk berdepan dengan Anwar dan berbagai-bagai tohmahan lagi.

Jika mengikut keterangan-keterangan yang diberikan oleh Saiful kepada mahkamah sebelum ini, Najib dan isteri tidak perlu sama sekali untuk disepina oleh peguam-peguam Anwar. Tujuan mereka lakukan semua itu bukannya dengan niat hendak mencari kebenaran tetapi dengan niat dan tujuan politik.

Saiful dalam keterangan sebelum ini telah menyatakan beliau tidak pernah berjumpa dengan Rosmah, tetapi Saiful mengakui beliau ada berjumpa Najib, dan Najib hanya berkata beliau serahkan kepada Saiful sendiri untuk mengambil apa tindakan yang sepatutnya.

Semua peguam-peguam Anwar tahu perkara tersebut. Akan tetapi mereka tetap hendak mengheret Najib dan isteri ke mahkamah untuk tujuan politik mereka serta untuk memalukan Najib.

Memang wajar Najib dan Rosmah mengenepikan sepina tersebut . Kenapa perlu Najib perlu terjerumus dengan kancah permainan Anwar dan peguam-peguamnya ?

Najib dan Rosmah bukan orang yang sepatutnya disepina oleh peguam-peguam Anwar. Orang yang sepatutnya mereka sepina adalah ,

-Bekas KPN , Tan Sri Musa Hassan

-Bekas Ketua Polis Melaka, Datuk Rohdwan.

-Bekas KP PKR , Ezam Md Nor

-Bekas pembantu peribadi Anwar, Rahimi Othman

Mereka-merekalah yang sepatutnya disepina kerana mereka-mereka yang banyak berhubung dengan Saiful berhubung kejadian liwat tersebut. Tetapi Anwar dan barisan peguamnya tidak berani sepina mereka semua kerana takut banyak perkara yang akan terbongkar.

Jika Anwar dan barisan peguamnya benar-benar hendak menuntut keadilan mereka harus sepina empat individu di atas. Ezam adalah antara orang terakhir yang berjumpa dengan Saiful pada malam sebelum laporan polis dilakukan oleh Saiful keesokkannya.

Ezam yang meminta Saiful buat laporan polis dan pernah berhubung dengan Saiful sebelum itu.

Rahimi juga adalah saksi penting bagi Anwar jika Anwar rasa dia tidak bersalah. Rahimi lebih mengenali Saiful dan mengenali Anwar. Rahimi juga antara orang yang awal  Saiful jumpa untuk mengadu masalahnya. Tetapi mengapa peguam-peguam Anwar tidak sepina Rahimi ?

Keempat-empat individu di atas lebih penting dalam kes liwat tersebut berbanding dengan Najib serta Rosmah, tetapi Anwar tidak berani sepina mereka semua kerana bimbang banyak yang terbongkar.

Manakala Najib yang hanya menasihati Saiful supaya melakukan apa yang dia fikirkan perlu pula yang disepina. Rosmah yang langsung tiada kaitan juga di sepina. Kenapa juga dia tidak sepina semua sekali, iaitu Najib dan isteri serta keempat-empat individu di atas ?

Kenapa dia hanya pilih Najib dan Rosmah ? Semuanya kerana nak main politik.

Jika Najib dituduh penakut kerana mengenepikan sepina, bagaimana pula Anwar yang tidak mahu sepina empat individu di atas ?

Adakah Anwar layak digelar seorang perwira apabila enggan memberi keterangan dari dalam kandang tertuduh ?

selangordaily.com

Get real time updates directly on you device, subscribe now.

Lagi Berita