Hakikatnya, Johor Lebih Selamat Dari Pulau Pinang – Shaik Hussein

KUALA LUMPUR, 28 Sept – Pergerakan Pemuda UMNO Pulau Pinang amat kesal dengan kenyataan membuta tuli Ketua Menteri Pulau Pinang,  Lim Guan Eng mengenai kadar jenayah di negeri Johor.

Ketuanya, Ir Shaik Hussein Mydin berkata, Lim Guan Eng sepatutnya sedar bahawa Pulau Pinanglah adalah negeri pemangkin jenayah di Malaysia.

“Pemuda merasakan kenyataan Lim Guan Eng adalah berasaskan sifat rasis dan cauvinis Lim Guan Eng yang ingin menjatuhkan dan mencemarkan nama baik negeri Johor yang hakikatnya diterajui kerajaan BN, di mana majoriti penduduknya adalah orang Melayu yang juga beragama Islam.

“Sepatutnya Guan Eng bersainglah dengan Johor secara gentleman,  bukan cara kotor, bodoh dan rasis”, katanya kepada UMNO-Online di sini, hari ini.

Justeru tegas beliau pihaknya berharap DYMM Sultan Johor dapat mengharamkan Lim Guan Eng dari memijak bumi Johor.

“Pengalaman saya  belajar dan bekerja  di UTM, Johor selama 5 tahun menunjukkan bahawa Johor lebih selamat berbanding Pulau Pinang sekarang di bawah DAP yang nampaknya lebih mengalakkan jenayah di PulauPinang,” ujarnya. -MediaUMNO

Get real time updates directly on you device, subscribe now.

Lagi Berita