Guan Eng Jadi Badut Perbodohkan Diri Untuk Ditertawakan Orang Luar

KUALA LUMPUR, 29 Sept  – Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menjadi badut atau tukang lawak kepada warga luar apabila memburukkan negara sendiri di negara luar baru-baru ini.

Ahli Parlimen Johor Bahru, Datuk Shahrir Samad melihat bagaimana pemimpin pembangkang itu memperbodohkan dirinya sendiri kononnya mahu mengambil hati atau ‘membodek’ masyarakat luar sedangkan dia sendiri ditertawakan.

“Saya dah dengar rakaman berkaitan sesi wawancara tersebut sebagaimana yang tersebar sekarang dan Guan Eng sanggup menghina negara sendiri kononnya untuk dijadikan gurauan bagi mengampu mereka sedangkan dia telah mengaibkan dirinya secara tidak sedar.

“Bila dia bercakap maka orang ketawa dan dia ingatkan dia berjaya membuat orang percaya kata-katanya sedangkan mereka yang lain ketawa kerana mentertawakannya,” katanya kepada UMNO-Online di sini.

Lim Guan Eng dalam satu temuramah  telah menyatakan bahawa Johor bukanlah negeri yang selamat kerana penuh dengan jenayah dan peluang untuk diculik sangat mudah berbanding dengan Pulau Pinang.

Kenyataan ini diucapkan oleh Guan Eng sebagai cubaan untuk mengalihkan pelaburan di Johor ke Pulau Pinang.

“Masyarakat asing ketawa melihat kebodohan pemimpin DAP  ini yang sanggup menghina negara sendiri kerana mereka tidak akan berbuat demikian biarpun memihak kepada parti yang berlainan. Sikap nasionalisme masih tetap tebal,” katnya.

Jelas beliau, sebagai pemimpin yang menjawat Ketua Menteri Pulau Pinang maka tentunya Guan Eng mempunyai sikap pro-kebangsaan dan sayangkan negara apatah lagi apabila berada di negara lain.

“Inilah bukti kelemahan DAP yang sememangnya langsung tidak layak untuk berkerajaan. Sudah diberi Pulau Pinang maka sepatutnya tidak perlu menghentam parti lawan sebaliknya menggunakan kesempatan yang ada dengan membuktikan kepada rakyat yang telah memberi mereka mandat.

“Sikap Guan Eng ini bukanlah contoh seorang pemimpin kerana beliau tidak matang dan sanggup lakukan perkara-perkara negatif yang memburukkan negeri lain biarpun dia berada dalam negara yang sama,” katanya.

Tambahnya lagi, apabila insiden negatif sedemikian tidak sepatutnya berlaku kerana sekarang ini yang marah pada Guan Eng bukan hanya ahli-ahli UMNO atau Barisan Nasional (BN) saja malahan ahli-ahli pakatan pembangkang termasuklah anggota DAP di Johor pun turut terasa dengan kenyataanya.

“Saya tak mahu komen bagaimana dengan kepimpinan DAP di Pulau Pinang kerana rakyat di negeri tersebut akan membuat penilaian terhadapnya dalam pilihan raya akan datang,” katanya.

Dilaporkan Johor yang adalah antara salah sebuah negeri yang menjadi tumpuan para pelabur luar ekoran lokasi logistik dan kemudahan yang terbaik iaitu Johor terletak dalam jangkauan 4 jam waktu penerbangan dengan bandar-bandar utama antarabangsa di mana 28 peratus penduduk dunia menetap dan merangkumi 40 peratus pengeluaran ekonomi dunia.

Selain kos efektif dengan mempunyai banyak tanah perindustrian berdasarkan harga yang berpatutan dan premis kilang, ruang tanah komersial, pekerja mahir dan perkhidmatan sokongan. Pengurangan dari segi kos juga amat besar.

Selain itu, Kerajaan Negeri telah menubuhkan beberapa kemudahan untuk menyokong pertumbuhan industri seperti Pusat Perlaburan Negeri Johor (JSIC), Jawatankuasa Pembangunan Industri, Jawatankuasa Pentabiran Taman Industri dan Pusat Pentabiran dan Pengetahuan Ilmu Negeri Johor dan Pusat Pembangunan Tenaga Kerja Johor sebagai pusat maklumat utama berkenaan peluang-peluang utama pelaburan di sini.

Ini ditambah lagi dengan kemudahan perumahan yang baik dalam persekitaran teratur dengan landskap yang menarik. – MediaUMNO

Get real time updates directly on you device, subscribe now.

Lagi Berita