Makin Keliru!! Pakatan Pembangkang Sepakat Untuk Tidak Sepakat Dalam Hudud

KUALA LUMPUR,  29 Sept – Makin keliru dan mengelirukan!!!….nampaknya pembangkang telah sepakat untuk tidak sepakat dalam tindakan Pas yang mahu melaksanakan hukum Hudud.

Mesyuarat di kalangan kepimpinan tertinggi pakatan pembangkang semalam menyerlahkan bagaimana perjuangan Pas tidak diterima di dalam pakatan pembangkang dan sudah terang lagi bersuluh, Pas hanya dijadikan alat untuk memancing sokongan orang Melayu di negara ini.

Mengulas mengenai perkara itu, bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Muhamammad Yusoff  Husin berkata satu persoalan yang timbul daripada perkembangan terbaru itu apakah Hudud hanyalah sandiwara Pas dan bukannya iltizam mereka sepertimana yang dilaung-laungkan di dalam ceramah.

Tegas beliau jika ianya bukan satu sandiwara, kepimpinan Pas pada mesyuarat berkenaan sudah pasti akan berpegang kepada ideologi mereka dan bukannya menjadi “pak turut” di dalam mesyuarat tertinggi kepimpinan pembangkang semalam.

“Kita cukup hairan ke manakah hilangya taring kepimimpinan Pas yang sebelum ini cukup lantang melaung-laugkan perkara ini.

“Apakah ada udang di sebalik batu atau mereka sedang memikirkan jalan untuk memastikan pengikut mereka terus setia bersama parti.

“Jika inilah senarionya, amat malanglah kepada pengikut parti pembangkang terbabit yang dipermain-mainkan oleh pemimpin mereka”, katanya kepada UMNO-Online di sini, hari ini.

Cadangan Pas untuk melaksana undang-undang hudud ke atas orang Islam di Kelantan masih belum dapat diputuskan oleh majlis pimpinan Pakatan Rakyat walaupun hangat dibincangkan dalam mesyuaratnya malam tadi.

Dan dilaporkan majlis itu juga menghormati pendirian DAP yang menentang keras cadangan berkenaan.

Selain itu kesepakatan yang berjaya dicapai dalam mesyuarat selama tiga jam, lewat malam tadi juga hanyalah berhubung kesepakatan untuk Pas dan DAP meneruskan perbincangan bagi melaksanakan hukum hudud dan juga mempertahankan dasar-dasar bersama.

Dr Muhammad Yusuff seterusya berkata Pas perlu bermuhasabah dengan sebaik-baiknya untuk menilai kembali perjuangan mereka yang kini terpesong jauh.

“Apakah mereka rela melihat ideologi mereka diketepikan begitu sahaja…Percayalah selagi Pas berada bersama DAP dan PKR, ideologi mereka itu hanyalah sekaadr retorik gara-gara kepentingan kuasa dan politik.

“Apa pun bukanlah niat saya untuk mencampuri hal ehwal dalam parti pembangkang terbabit, cuma mahukan sedikit penjelasan untuk memastikan rakyat tidak terkeliru”, ujarnya. -MediaUMNO

Get real time updates directly on you device, subscribe now.

Lagi Berita