Pelaksaan Hudud : Anwar Takut Nyatakan Pendirian

PUTRAJAYA, 29 Sept – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Shafie Apdal menyifatkan Ketua pembangkang,  Datuk Seri Anwar Ibrahim takut menunjukkan pendirian sebenarnya berhubung isu pelaksanaan hudud.

Mengulas kenyataan Anwar bahawa pakatan pembangkang menghormati pendirian Pas yang mahu melaksanakan hukum itu tetapi pada masa sama menerima pendirian DAP yang menentangnya, beliau berkata ini menunjukkan kegagalan Anwar dalam memperjuangkan agama Islam.

>”Jelas sekali bila sahaja diugut oleh kepimpinan DAP, mereka sudah takut, tunduk dan terus tutup mulut,” katanya.

Shafie yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata jika dengan tekanan yang sedikit seperti itupun Anwar tidak dapat membela kepentingan agama Islam, apatah lagi untuk membela nasib rakyat dan negara.

Beliau berkata kenyataan Anwar itu bukanlah sesuatu yang luar biasa dan memang sudah dijangkakan.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.

Lagi Berita