Puteri Titiwangsa Yakin Calon Tepat Akan Beri Banyak Kelebihan Kepada BN

TITIWANGSA, 29 Sept – Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Titiwangsa, Hazarina Zaini berkata  jentera Puteri di bahagian tersebut telah bersiap sedia bagi menghadapi Pilihan Raya Umum(PRU) 13  walaupun menyedari bakal berdepan tugas getit untuk merampas semula kawasan tersebut dari Pas.

Katanya, sejak PRU yang lalu, Puteri Titiwangsa sebenarnya telah merangka pelbagai strategi mendekati pengundi muda di dalam agenda memastikan Barisan Nasional (BN) mengambil semula Parlimen Titiwangsa.

“Sejak tewas pada tahun 2008, Puteri telah memulakan langkah mengatur strategi mendekati pengundi muda kerana golongan ini tidak boleh dinafikan peranan mereka di dalam membantu kemenangan parti.

“Selaku sayap, Puteri memainkan peranan sebagai penggerak dalam mengembalikan kepercayaan dan menarik sokongan golongan muda untuk membantu BN menang di PRU 13 dengan majoriti dua per tiga. Saya yakin, gelombang tsunami yang melanda dunia politik pada tahun 2008, telah banyak mengajar parti dan tidak ketinggalan pergerakan Puteri sendiri,” ujarnya.

Bertepatan dengan slogan pergerakan itu, Puteri Jiwa Rakyat, program yang diaturkan juga menjurus ke arah mendekati rakyat secara dekat sehingga ke akar umbi.

Katanya, melalui cara ini, masalah rakyat akan lebih diketahui dan tindakan susulan lebih mudah diambil.

Namun begitu, beliau amat berharap agar usaha keras Puteri ini disulami dengan calon yang sesuai kerana ianya memperikan impak yang besar.

“Sekiranya calon yang diletakkan tidak mesra rakyat atau tidak kenali oleh masyarakat setempat, sudah pasti usaha Puteri selama ini tidak mampu memberi impak yang besar.

“Calon yang mesra di hati rakyat sudah pasti memberi kelebihan kepada parti sendiri kerana masyakarat telah mengenali bagaimana sikap dan tanggungjawab calon tersebut. Walaupun begitu, Puteri akan tetap sentiasa menyokong siapa juga yang telah ditetapkan oleh pihak parti kerana sudah pasti calon yang terpilih itu adalah calon yang telah dikenal pasti paling layak untuk bertanding,” katanya lagi.

Ketika ditanya mengenai sokongan masyarakat setempat terhadap program Puteri bahagian Titiwangsa, Hazarina menjelaskan, tidak dinafikan sokongan yang diterima semakin baik dari semasa ke semasa.

“Masa mula-mula dahulu, memang agak sukar untuk mendapatkan perhatian rakyat tetapi kini usaha mendekati rakyat semakin mudah malah ianya diluar jangkaan. Program yang dijalankan sentiasa mendapat sambutan baik.

“Sedikit sebanyak ini memberi harapan kepada kami bahawa golongan muda telah kembali meletakkan kepercayaan kepada BN dan UMNO. Saya yakin, kerusi Parlimen Titiwangsa mampu menjadi milik parti pad PRU akan datang,” jelasnya. – MediaUMNO

Get real time updates directly on you device, subscribe now.

Lagi Berita