Karnival Kerjaya Pemuda BN Di Perak Tawar Lebih 5,000 Peluang Pekerjaan

KUALA LUMPUR, 30 Sept – Di atas permintaan rakyat, Pergerakan Pemuda Barisan Nasional (BN) sekali lagi bakal mengadakan BN Youth Job Fair 2011 dengan menyaksikan negeri Perak sebagai destinasi ke lima penganjuran karnival tersebut.

Pengerusi Sekreatariat Pekerja Muda Pergerakan Pemuda BN, Nazir Hussin Akhtar Hussin berkata, karnival ini bakal berlangsung pada 1 dan 2 Oktober akan datang bertempat di Dataran Majlis Bandaraya Ipoh.

Karnival yang mendapat kerjasama Pusat Kerjaya Perak Amanjaya, akan disempurnakan oleh Menteri Besar sendiri, Datuk Seri Dr. Zamry Abdul Kadir.

“Karnival yang diberi nama ‘Perak Amanjaya Job and Career Fair 2011’ ini akan dibuka kepada pengunjung bermula pada pukul 9.00 pagi hingga 9.00 malam. Ianya bakal menawarkan lebih daripada 5000 peluang pekerjaan daripada lebih 600 majikan yang terdiri daripada agensi-agensi kerajaan, syarikat-syarikat korporat dan institut-institut pengajian tinggi (IPT) di mana sebahagian besarnya daripada negeri Perak itu sendiri.

“Sudah pastinya karnival ini menjanjikan peluang pekerjaan yang menarik dan mengikut semua peringkat kelulusan bermula dari PMR/SRP hingga peringkat tertinggi. Golongan muda haruslah mengambil peluang ini untuk mendapatkan masa hadapan yang lebih baik serta memperbaiki taraf ekonomi diri,” katanya kepada UMNO-Online di sini.

Jelas beliau lagi menyedari kehendak masyarakat, Pemuda BN merasa bertanggungjawab untuk membantu menjadi pemudahcara kepada golongan muda di negeri Perak khususnya dalam membantu mengurangkan statistik pengangguran di negeri tersebut.

Pelbagia program turut diatur sebagai pengisian karnival antaranya bengkel kewartawanan, bengkel forografi dan taklimat kerjaya yang akan diberikan oleh Azhar Sulaiman, Noh Hujan dan YM Tengku Faris.

“Saya menyeru kepada orang ramai agar datang beramai-ramai ke karnival ini dan buatlah persediaan yang sepatutnya seperti menyediakan dokumen lengkap dan berpakaian kemas kerana temuduga terbuka turut diadakan,” katanya lagi.-MediaUMNO

Get real time updates directly on you device, subscribe now.

Lagi Berita