Al Fatihah… Ibu Kepada Zahid Hamidi Meninggal Dunia Pagi Tadi

KUALA LUMPUR, 1 Okt – Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta  semua ahli-ahli Majlis Tertinggi UMNO bersama dengan seluruh warga Ibu Pejabat mengucapkan salam takziah ke atas ahli keluarga dan sanak saudara Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Zahid Hamidi atas kembalinya ke rahmatullah ibu beliau, Hajjah Tuminah Jalil.

Allahyarhamah meninggal dunia jam 1.40 pagi.

Jenazah allahyarhamah akan dikebumikan sebaik sahaja selesai solat Zohor di Masjid Al Falah Kg Sungai Nipah Darat, Bagan Datoh.

Justeru, sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah ke atas Allahyarhamah dan semoga roh beliau ditempatkan bersama orang-orang yang beriman – Al-Fatihah. -MediaUMNO

Get real time updates directly on you device, subscribe now.

Lagi Berita