BN Yakin Tawan Semula Enam Kawasan Parlimen Di Wilayah Persekutuan

KUALA LUMPUR, 1 Okt  – Barisan Nasional (BN) yakin tawan semula enam kerusi Parlimen Wilayah Persekutuan yang dirampas pembangkang pada pilihan raya lepas berdasarkan sokongan rakyat yang mula beralih arah kepada BN.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan,  Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata BN juga sudah membuat persediaan awal seperti program turun padang bagi melihat permasalahan rakyat dan menyelesaikannya dengan segera.

“Apa yang kita lakukan selama ini kepada rakyat boleh dinilai… kita (BN) buat kerja bukan hanya pandai bercakap,” katanya selepas merasmikan pelancaran Program Gerakan Tumpuan Kawasan (PGT) Jinjang, di sini, hari ini.

Pada pilihan raya umum 2008, BN kalah di kerusi yang disandangnya iaitu Lembah Pantai, Bandar Tun Razak, Titiwangsa, Wangsa Maju, Segambut dan Batu.

Daripada 13 kerusi Parlimen Wilayah Persekutuan, BN memenangi tiga kerusi iaitu Setiawangsa, Putrajaya dan Labuan, manakala 10 kerusi lain dimenangi parti  pembangkang.

Pada majlis itu, Raja Nong Chik, yang juga Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, menyampaikan sumbangan Yayasan Wilayah Persekutuan kepada empat keluarga serta 43 penduduk miskin di kawasan Taman Wilayah Selayang, Jinjang.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.

Lagi Berita